Selasa, 06 Juli 2010

Pilihan Mata Kail dan Cara Ikan Makan Umpan


Baru baru ini semasa saya mengadakan demostrasi memancing di GP Joran diLanjut Pahang, saya ditanya oleh beberapa perserta disana tentang jenis mata kail yang patut digunakan. Sungguh pun artikal mata kail telah dibentangkan beberapa bulan lalu kata mereka, saya tidak begitu mendalam. (Amboi tak sabaq nooo.)


Jadi pada kali ini kita akan cuba mengkaji secara mendalam, pada jenis mata kail apakah yang perlu digunakan semasa memancing.


Sebelum kita pergi ke tahap jenis mata kail apa yang perlu digunakan , marilah kita mengkaji beberapa cara ikan makan umpan.

Cara Ikan Makan Umpan.


Setiap specis ikan mempunyai cara tersendiri memakan umpan ,ada yang menyambar, ada juga yang mencuit atau meroteh , ada jenis ikan yang menghisap masuk umpan dan lain lain lagi. Mengenal cara ikan makan umpan adalah penting sekali dan ini akan membolehkan kita memilih mata kail yang sesuai untuk memacingnya. Cara-cara ikan memakan umpan adalah:

1. Menyambar





Jenis ikan menyambar adalah selalunya jenis ikan yang bergigi tajam atau jenis ikan "predator" yang akan makan umpan semasa bergerak, mau pun ikan itu sendiri yang bergerak atau umpan bergerak. Ini selalu berlaku semasa kita memancing dengan kaedah menunda (trolling), "casting", atau memancing dengan umpan hidup (live baiting) atau umpan tiruan. Beberapa jenis ikan yang berkelakuan begini adalah, Ikan Alu Alu, Haruan Tasik, Ikan Yu, Ikan Siakap, Tenggiri, Gerepoh atau GT dan lain lain lagi.


Bagi ikan jenis ini saya mengsyurkan mata kail dari jenis "Tuna Hook" atau " Big game Hook" yang mana matanya menegak lurus kepangkal. Ini disebabkan apabila ikan tersebut menyambar pada umpan , mata kail akan terus mencankuk pada ikan tersebut.


Jenis mata kail ini juga mempunyai daya ketahanan yang kuat dan tidak akan melurus semasa hentakan. Kajian menunjukkan bahawa apabila ikan menyambar umpan, kekuatan hentakan adalah lebihkurang 10 kali berat badan ikan tersebut. Misalnya, sekira berat badan ikan itu adalah 10 kg maka kuasa atau berat hentakan adalah lebih dari 100 kg. Jadi bayangkan sekiranya mata kail itu tidak kuat atau bersesuaian maka ikan akan terlepas.

2. Ragut



Perkataan ragut bermakna jenis ikan yang memakan umpan yang tidak bergerak manakala ikan tersebut akan mengambil umpan dan melarikan diri.Ini selalu berlaku apabila kita memancing dasar (bottom fishing) atau mengambur (drift fishing) dimana kita mengunakan umpan yang mati.Kebanyakan ikan berkelakuan begini dan diantaranya adalah ikan Jenak, ikan Merah, Pari, Ebek dan bermacam macam lagi.


Bagi jenis ikan ragut ini, mata pancing yang disyurkan adalah dari jenis kail yang matanya membengkok sedikit atau dari jenis kail yang dipanggil " circle hook".


"Circle hook" adalah sejenis kail yang dicipta khusus untuk mengcakuk ikan hanya pada mulutnya.Walaubagaimana pun pengunaan kail jenis ini berbeza sedikit dari kail yang lain dimana kita tidak boleh menyetaknya.


Apabila ikan menarik umpan hanya mengetatkan kekili dan menegangkan tali pancing sahaja. Kail jenis ini akan mengena secara tersendiri apabila ikan bergerak kehadapan dan oleh sebab kail ini mempunyai bengkok dimatanya maka, untuk ikan melepaskan diri adalah tidak mungkin sekali. Melalui pengalaman saya purata ikan yang tercangkuk adalah 99.9 % dengan penggunaan kail jenis ini. Kelebihan lain pada penggunaan kail jenis ini adalah ikan yang terkena kail ini dapat dilepas balik hidup hidup kerana ia akan hanya tersangkut pada mulut dan sekiranya kita hendak melepasnya kembali ia tidak akan mencederakan ikan tersebut.

3. Memagut (Nibblers)



Ikan yang makan secara memangut adalah dari ikan yang makan dan berada ditempat itu.Ikan jenis ini tidak bergerak semasa mememakan umpan mau pun umpan bergerak, oleh demikian amatlah susah untuk kail mengena ikan tersebut secara tersendirinya.Jenis ikan yang suka memangut adalah, ikan gelama, ikan duri dan anak anak ikan atau ikan yang kecil saiznya.


Bagi ikan yang suka makan begini saya mengsyurkan kail yang jenis lurus atau mempunyai mata yang mendonggak ketepi (off set point). Disyurkan juga mata pancing yang digunakan janganlah terlalu bersar. Untuk mendapat ikan jenis ini kita perlulah cepat menyentaknya apabila dikesan ikan memakan umpan.



4. Menghisap (Sucking)




Terdapat juga ikan yang menghisap umpan kedalam mulutnya seperti ikan kerapu,gongbelang , pelata bali, dan banyak lagi , Ikan dari jenis ini ada yang mempunyai gigi tajam dan ada juga yang mempunyai isang yang tajam untuk memotong umpan selepas umpan masuk kemulutnya.


Bagi ikan dari jenis ini saya menyurkan penggunaan kail yang mempunyai tangkal yang panjang .

Selepas kita memahami beberapa cara ikan makan umpan bolehlah kita memilih kail yang bersesuaian untuk kita pergi memancing dengan lebih konfiden lagi dan satu pesanan dari saya adalah kita harus mengamalkan konsep tangkap dan lepas pada ikan yang kecil dan ikan yang berlebihan. Ingatlah pada generasi dan anak cucu kita supaya mereka pun boleh memancing juga.


Pada siri yang akan datang saya akan menyentuh sedikit sebanyak tentang cara mengasah atau menajamkan mata kail dan alatan nya.

Mengenal Jenis Mata Pada Kail


Sebelum kita pergi ketahap mengasah mata kail marilah kita tengok pada beberapa jenis mata yang terdapat pada kail iaitu:

1. Traditional Cutting Edge With Inside Barb




Mata dari jenis ini adalah yang paling biasa terdapat dipasaran dan banyak digunakan oleh pemancing. Reka bentuknya adalah yang terbaik sekali tetapi mata dari jenis ini memerlukan penjagaan dan perlu diasah selalu.

2. Traditional Cutting Edge with Conical Mechanical Sharpening- "Cone Cut"



Mata dari jenis ini adalah sangat berkesan bagi ikan yang mempunyai bibir yang tebal atau tulang pada mulut. "Cone tip" yang terdapat pada hujung mata amatlah tajam serta kuat sekali. Mata jenis ini perlu diasah selalu kerana ianya mudah tumpul.



3. Conical Point With Flat, Wedge Blade.



Satu mata yang baik terutamanya bagi ikan yang mempunyai mulut yang tidak begitu tebal .Mudah untuk diasah dan memerlukan sentakan untuk mencakuk ikan.



4. Conical Point "Ice Pick Style"



Satu mata yang baik terutamanya bagi ikan yang besar dan ganas yang mempunyai mulut yang tebal. Mata dari jenis ini sangat kuat dan tidak akan mudah membengkok. Senang untuk diasah dan perlu sedikit sentakan atau tegangan pada tali untuk mencakuk.

5. Turn in Barb & Point



Oleh sebab sudut yang membengkok, ia mempunyai satu daya mencakuk yang baik terutama pada ikan yang menyambar umpan. Perlu diasah selalu dan harganya sedikit mahal.

6. Multiple Bards



Mata dari jenis ini amat tidak sesuai sekali sekiranya digunakan untuk memancing secara biasa, Hanya digunakan untuk menunda atau "jigging" kerana mata dari jenis ini perlukan hentakan yang kuat untuk mata menembusi mulut. Amat susah untuk mengasah dan akan merosakan ikan sekiranya hendak mengamal tangkap dan lepas.

7. Beaked or Curved Point



Mata dari jenis ini adalah baik digunakan walau bagaimanapun ianya akan selalu membengkok pada matanya sekira dihentak dengan kuat. Mata dari jenis ini perlulah dijaga dan diperiksa selalu dan ditukar selepas digunakan beberapa kali. Sangat susah untuk mengasahnya dan perlu penjagaan rapi.

Mengenal dan Menguji Ketajaman Mata Kail.

Selepas kita telah megenal jenis jenis mata yang terdapat pada kail marilah kita tengok masalah yang terdapat pada mata kail. Banyak orang berpendapat bahawa mata kail yang dibeli itu tajam dan boleh digunakan secara begitu sahaja. Kita perlu menguji ketajamaan mata kail tersebut dan anda perlu tahu bahawa pengeluaran mata kail dikilang adalah secara banyak sekali kadang kadang berjuta bentuk mata kail dikeluarkan sekali gus dan akan terdapat mata kail yang tidak tajam. Melalui pengalaman saya sendiri 6 dari 10 mata kail yang saya temui tidak tajam dan perlu di asah terlebih dahulu.

Cara Cara Untuk Menguji Ketajaman Mata Kail

1.

Ambil mata kail tersebut dan letak diatas kuku ibu jari anda

2.

Gelunsurkan ( heretkan) mata tersebut diatas kuku.

3.

Sekiranya ia gelincir dengan senang tampa meninggalkan kesan heretan ini bermakna mata kail tersebut tidak tajam.

4.

Seandainya ia tidak mengelunsur dan melekat atau kekal kedudukannya ini bermakna ianya benar benar tajam.

Kita mesti faham bahawa mata pada kail adalah dicipta untuk menembusi mulut ikan dan menahanya dari terkeluar.Jadi ketajaman mata adalah amat penting sekali dan perlulah mempunyai "cutting edge" dan ketajaman hujungnya (sharp point) untuk menembusi mulut ikan tersebut. Begitu juga "barb" pada mata tersebut untuk menahan mata kail itu dari terlucut. Oleh yang demikian terdapat beberapa tanda pada kail yang kita perlu perhatikan apabila hendak memancing.

Tanda Tanda yang perlu diperhatikan adalah:



1. Panjang mata berkurangan (Receding Point Length.)





Bagi satu kail untuk berkesan kepanjangan mata kail itu amatlah penting bagi mencakuk mangsa dari tahap hujung mata kekeduri (barb) kail. Kadang kadang tahap kepanjangaan akan berkurangan disebabkan ianya patah atau pun ia telah haus. Megasah berterlaluan juga boleh menyebabkan ini berlaku jadi sekiranya ini berlaku maka janganlah menggunakan nya lagi.

2. Hujung Mata Bengkok (Bent Point)




Ada kalanya mata pada kail akan membengkok disebabkan tersangkut pada reba ,batu, karang maupun pada tulang bibir ikan. Sekiranya ini berlaku anda patutlah melurusnya kembali serta mengasahnya semula atau terus menukarkan mata kail tersebut. Mata yang bengkok sangat mudah dilucutkan oleh ikan apabila ia melompat atau meronta.

3. Burrs on Barb



"Burr" atau selaput yang terdapat pada "barb" selalu berlaku apabila terdapat berlebihan logam semasa pemerosessan dikilang. Ingat tujuan "barb" pada mata kail adalah untuk memegang ikan setelah mata menebusi mulut ikan. Sekiranya terdapat "burr" pada "barb ia akan mengelak pemeggangan dan mungkin ikan akan terlepas. Cara untuk menghilangkan "burr" ini adalah dengan mengasahnya dengan "file" atau kikir.

Cara-cara Mengasah Kail

1.

Pegang mata kail dengan kuat.

2.

Asah mengunakan kikir atau batu pengassah dari "barb" ke mata kail tersebut dengan membawanya kebawah beberapa kali dalam satu arah. Tentukan pengasah dipeggang pada sudut atau "angle" yang sama.

3.

Ulangi asahan pada mata yang bersebelahan.

4.

Uji ketajaman mata kail tersebut.


Tips Untuk Mengasah Mata Kail.

1.

Jangan asah mata kail berterlaluan.

2.

Mata kail mudah karat, jadi selepas mengasahnya atau digunakan selalu keringkannya .

3.

Jangan simpan mata kail ditempat yang lembab atau dalam kotak yang basah.

4.

Belilah mata kail dari jenama yang terbukti dan ingat mata kail yang berharga tinggi ada sebabnya, jenis yang mahal selalunya kuat dan tajam.

5.

Tukar atau jangan guna mata kail yang berkarat.

Kebanyakaan pemancing megambil sikap indah tak indah apabila ia datang pada mata kail dan banyak ikan tak terkena atau terlepas disebabkan kail yang tumpul. Saya harap selepas membaca ini kuranglah ikan akan terlepas disebabkan kail yang tumpul. Amalkan "KONSEP TANGKAP DAN LEPAS" untuk kebaikan semua supaya ikan tidak pupus.

Snap


Satu lagi alat yang agak penting semasa memancing adalah "Snap" dimana ianya digunakan sebagai perantaraan diantara tali perambut dengan tali utama, tali utama dengan umpan tiruan atau hanya sebagai tali keselamatan yang digunakan untuk mengikat joran kepada bot supaya joran tidak ditarik masuk kedalam air.


Terdapat berbagai jenis "Snap" di pasaran dan begitu juga "Swivel". Kedua - dua ini ada dijual berasingan atau dijual sebagai satu yang dipanggil "Snap Swivel". Mari kita cuba memahami apakah tujuan dan keggunaan alat-alat ini.

"Snap"



Ianya adalah diperbuat dari besi atau besi keluli. "Snap" berfungsi sebagai satu penyambung diantara tali utama dengan "Lure"atau umpan tiruan. Ianya disambung dari tali utama dengan ikatan (knot) kepada cincin(split ring) atau lengkoran besi yang terdapat pada "lure". ("line - tie loop of the lure").

Kebanyakan "Lure" atau umpan tiruan seperti sesudu (Spoon) dan "Plugs" tidak memerlukan "swivel". Umpan tiruanan dari jenis ini akan lebih berfungsi sekiranya disambung dengan "snap" sahaja.
Kelebihan penggunaan "snap" pada umpan tiruan yang disebut tadi adalah :

a.

Ia akan lebih memudahkan perjalanan dan aksi umpan tiruan tersebut; dan

b.

Ia adalah untuk kesenangan pada pemancing untuk mengganti umpan tiruan tanpa selalu mengikatnya ( change lure without having to retie the knot) terutama sekali apabila kita menggunakan tali utama yang halus..

Walau bagaimana pun, sekiranya anda ingin menunda (trolling) atau menggunakan umpan tiruan (lure) yang berpusing (spin) atau bergolek (roll), maka disyurkan menggunakan "snap swivel" supaya tali utama tidak berpintai.

Sungguhpun kegunaan "snap" adalah untuk kesenangan pemancing, tetapi sekiranya "snap"itu dari kualiti /mutu yang rendah atau yang terlalu kecil size yang digunakan, ia akan mendatangkan keburukan. Kita mesti tahu bahawa "snap" adalah perantaraan antara tali utama, umpan tiruan (lure) dan ikan. Sekiranya kualitinya rendah atau ianya terlalu kecil maka ia akan senang terbuka dan ikan akan terlepas.


Buat masa sekarang, terdapat banyak jenama dan juga jenis "snap". Untuk memilih "snap" yang sesuai, ia adalah berpandu kepada kekuatan "snap" untuk membuka. Contoh, sekiranya, kita menggunakan tali utama seberat 30 lb dan "snap" yang berkekuatan 15 lb, maka apabila kita bertarung dengan ikan yang besar, kemungkinan sebelum tali utama itu putus, "snap" akan lebih awal lagi terbuka. Maka terlepaslah ikan yang besar tadi. Oleh itu, amatlah penting sekali, untuk membuat pemilihan, ketahuilah kekuatan "snap" samaada ianya sama atau lebih dari kekuatan tali utama. Sekiranya kekuatan "snap" tidak tertulis pada label, anda boleh membuat ujian tersendiri. Ini boleh dilakukan dengan menarik "snap" dengan penimbang sehingga "snap" itu terbuka.

Kekuatan dan kesenangan apabila digunakan adalah fungsi utama pada setiap "snap". Jadi cara ia mengunci (lock) adalah amat penting sekali.

Jenis-Jenis Snap



Terdapat beberapa jenis "snap" yang dijual dipasaran untuk pemancing dan saya akan cuba mengupas kebaikan serta kegunaanya yang bersesuaian.

Safety "Snap"

Jenis ini adalah yang paling popular sekali digunakan oleh para pemancing.


Jenis ini sesuai digunakan di kawasaan air tawar dan di tepi pantai. Ianya amat digemari oleh para pemancing yang suka memancing ikan haruan. Ini adalah kerana pin nya yang lurus dan senang untuk mencucuk mulut katak. Walaubagaimanapun jenis ini tidak mempunyai sifat mengunci kerana pinnya hanya disendat pada longkang pengunci. Jenis ini adalah yang paling lemah sekali berbanding dengan jenis yang lain. Ianya tidak sesuai untuk ikan besar yang ganas.

Interlock "Snap"

Jenis ini juga amat popular di kalangan para pemancing. Jenis ini amat sesuai digunakan untuk kawasaan air tawar serta memancing di tepi pantai. Ianya amat popular di kalangan pemancing yang menggunakan umpan turuan (lure). Ini adalah kerana "snap" jenis ini mempunyai daya ketahanan yang agak kuat. Kekuatannya adalah kerana tangkalnya dikunci melepasi bibir "snap" dan harganya juga amat berpatutan.

Duolock"Snap"

Jenis ini adalah yang terkuat sekiranya digunakan untuk memancing di kawasaan air tawar serta ianya amat sesuai untuk kawasaan tepian pantai. Ianya amat baik sekali sekiranya digunakan bagi sambungan kepada umpan tiruan (lure). Ia mempunyai 2 (dua) tempat untuk membuka dan mengunci, dimana ianya dapat diubah mengikut kegunaannya serta sesuka citarasa pemancing. Ia juga tidak begitu mahal harganya serta dapat menahan tekanan yang kuat. "Snap" jenis ini boleh didapati dalam kategori "light" ke "medium duty".

Crosslock"Snap"

"Snap" jenis ini agak kuat dan sesuai untuk kegunaan di laut. Ia juga mempunyai 2 (dua) tempat untuk membuka dan mengunci dimana ianya boleh diubah mengikut citarasa pemancing. Harganya agak mahal sedikit tetapi ia mempunyai daya ketahanan yang kuat serta boleh dipercayai. Jenis ini juga boleh didapati dalam kategori "light hingga heavy duty". Ianya amat sesuai untuk kegunaan dilaut serta kawasaan air tawar.

Coastlock "Snap"

Jenis ini diperbuat khusus untuk digunakan dilaut dan hanya mempunyai satu kunci dan pembuka. Ianya adalah yang paling popular digunakan oleh pemancing. Ia mempunyai daya ketahanan yang kuat serta digunakan untuk "Big Game". Harganya agak tinggi sedikit walau bagaimana pun ia menepati kegunaannya. Selalunya dijual mengikut berat tekanan diantara 20 lb ke 400 lb.

Mcmahon "Snap"

Jika dibuat perbandingan, "snap" jenis ini adalah yang terkuat sekali di antara kesemua "snap" yang terdapat dipasaran. Ianya amat popular digunakan untuk kegunaan "heavy duty". "Snap" ini juga amat digemari oleh pemancing yang selalu memancing "Big Game' kerana ianya amat sesuai sekiranya digunakan dilaut. Ianya juga boleh digunakan ketika menunda dengan menggunakan samada umpan tiruan atau umpan hidup. Harganya mahal dan dijual dengan kiraan tekanaan diantara 20 lb hingga 1000 lb.

Warna "Snap"

Terdapat tiga jenis warna pada "snap" yang dijual di pasaran. Warna-warna yang terdapat adalah dari warna hitam, emas dan perak.


Banyak soalan telah dikemukakan kepada saya tentang apa bezanya warna yang terdapat pada "snap" dan adakah ia memainkan apa-apa fungsi? Bagi saya jawapan nya adalah "Ya".


Warna hitam adalah warna yang paling selamat sekali untuk digunakan kerana terdapat ikan dilaut serta sungai yang tertarik pada kilauan warna emas dan perak. Sekiranya anda mengunakan warna-warna ini, ada kemungkinan ikan akan menyambar pada "snap" dan sekiranya nasib tidak baik, tali utama akan terkena gigi ikan tersebut dan "snap" akan terputus.

Seperti apa yang telah saya katakan "Snap" ada dijual berasingan atau dicantum sekali dengan "swivel", terpulang kepada anda untuk membuat pilihan samada untuk membelinya secara berasingan atau sebaliknya. Ini adalah kerana ada ketikanya "snap" dan "swivel" tidak bersesuaian dengan kehendak dan kegunaan masing-masing. Jika anda memilih untuk membeli secara berasingan, bukannya susah untuk anda membuat cantuman menggikut kehendak serta citarasa tersendiri.


Tunggu saya pada siri yang akan datang dimana saya akan memberi penerangan mengenai "swivel" pula.